Hukum Mim Mati(مْ) dan kaedah Cara pembacaan nya

apabila huruf mim sukun bertemu dengan huruf ''Hijaiah Bahasa arab'' yang mengandungi 28 huruf di dalam Al-quran, maka ia mempunyai 3 hukum. Ikhfa syafawi Idgham mithlain soghir Izhar syafawi PEGERTIAN KEPADA HUKUM MIM [ م ] MATI : Mim mati ialah mim yang tidak ada mana -mana daripada tiga baris iaitu fathah ( atas ) , kasrah ( bawah ) atau dommah ( depan ). HUKUM BACAAN PERTAMA (1): AL- IKHFA : Huruf Ikhfa’ hanya ada satu sahaja iaitu ba ‘ ( ب ), apabila mim sukun 2 bertemu dengan huruf ba’ yang berbaris dalam dua kalimah sahaja, maka hukum bacaanya Ikhfa’ iaitu wajib meingikhfa’kan huruf mim sukun di sisi huruf ba ‘ yang berbaris serta dengung sempurna (dua harkat ). Ia juga dinamakan ikhfa syafawi . ertinya Ikhfa’ Kebibiran . Sebab ia dinamakan Ikhfa Kebibiran kerana perimbangan dengan makhraj huruf mim yang keluar daripada...