Hukum Mim Mati(مْ) dan kaedah Cara pembacaan nya
apabila huruf mim sukun bertemu dengan huruf ''Hijaiah Bahasa arab'' yang mengandungi 28 huruf di dalam Al-quran, maka ia mempunyai 3 hukum.
- Ikhfa syafawi
- Idgham mithlain soghir
- Izhar syafawi
PEGERTIAN KEPADA HUKUM MIM [ م ] MATI :
Mim mati ialah mim yang tidak ada mana -mana daripada tiga baris iaitu fathah ( atas ) , kasrah ( bawah ) atau dommah ( depan ).
HUKUM BACAAN PERTAMA (1):
- AL- IKHFA :
Huruf Ikhfa’ hanya ada satu sahaja iaitu ba ‘ ( ب ), apabila mim sukun 2 bertemu dengan huruf ba’ yang berbaris dalam dua kalimah sahaja, maka hukum bacaanya Ikhfa’ iaitu wajib meingikhfa’kan huruf mim sukun di sisi huruf ba ‘ yang berbaris serta dengung sempurna (dua harkat ). Ia juga dinamakan ikhfa syafawi . ertinya Ikhfa’ Kebibiran . Sebab ia dinamakan Ikhfa Kebibiran kerana perimbangan dengan makhraj huruf mim yang keluar daripada dua bibir. Cara bacaan Ikhfa Syafawi ini serupa dengan bacaan Iqlab nun sukun dan tanwin bertemu dengan huruf ba’ , tidak boleh merapatkan dua bibir tetapi hendaklah direnggangkan sedikit , jika merapatkan dua bibir bacaannya telah menjadi Idhgam Mislaini Saghir.
PERBEZAAN ANTARA IKHFA HAKIKI DAN IKHFA SYAFAWI :
15 huruf : 1 huruf :
1. TA 1. BA ( ب )
2. TSA
3. JIM
4. DAL
5. DZAL
6. ZA
7. SIN
8. SHIN
9. SHOD
10. DHAH
11. THO’
12. DZO
13. FA
14. QOF
15. KAF
CARA MEMBACA DARI HUKUM IKHFA SYAFAWI IAITU :
dengan membaca lebih dulu huruf hijaiyah sebelum mim sukun, setelah itu masuk ke dalam huruf Mim Sukun dengan cara mengeluarkan irama dengungnya hukum dari ikhfa Syafawi [yaitu dengan cara menahan huruf hijaiyah mim secara samar-samar]; “immng.. / ummmng.. / ammmng… ” sehingga ketika akan ketemu dengan huruf hijaiyah ( ب ) maka bibir atas dan bibir bawah dalam posisi yang tertutup. اِنَهُمْ بِدَالِكَ = innahummng bidzaalika
CONTOH IKHFA SYAFAWI DI DALAM AL – QURAN :
HUKUM BACAAN KEDUA (2):
- AL IDHGHAM
- Tanda-tanda bacaan:
Dikenali dengan melihat huruf mim yang tidak berbaris diikuti dengan huruf mim yang bersabdu. Dibaca dengan merapatkan bibir dan didengungkan. Hanya satu huruf sahaja iaitu huruf mim ( م ).
Cara Membaca Idgham Mitslain:
Hukum Idgham Mitslain adalah dibaca dengan mendengungkan [makhraj huruf hijaiyah mim-nya jelas dan mengalun] kurang lebih sekitar 2 – 3 harakat [1 Alif hingga 1 1/2 alif]
Di dalam Al-Quran Al Kariim ayat yang mengandung hukum Idgham Mitslain telah ada tanda tasydidnya. Tasydid Idgham Mitslain merupakan Tasydid Hukum, Iaitu sebuah tanda tasydid yang ada dan diberikan sebab terjadinya suatu hukum peleburan atau pertemuan.
CONTOH IDGHAM MITHLAIN DALAM AL-QURAN:
Hukum Idgham Mitslain ini hanya berlaku ketika huruf hijaiyah Mim Sukun ketemu dengan huruf hijaiyah Mim yang Berharakat. Bila huruf hijaiyah Mim Sukun tersebut belum bertemu dengan huruf Mim yang Berharakat, maka wajib dibaca dengan hukum Izhar, atau tak berdengung.
Persamaan Idgham Mitslain dan Idgham Bighunnah:
Idgham Mitslain dan Idgham Bighunnah merupakan dua buah hukum tajwid yang berbeza, akan tetapi keduanya mempunyai kesamaan men-tasydid-kan huruf hijaiyah Mim. Hukum Idgham Bighunnah: Bila ada Nun Sukun ataupun Tanwin ketemu dengan huruf Hijaiyah Mim yang berharakat. Hukum Idgham Mitslain; bila ada Mim Sukun ketemu dengan huruf hijaiyah Mim yang berharakat.
Perbezaan Idgham Mitslain dan Idgham Mutamatsilain :
Idgham Mitslain sering juga disebut dengan nama penambahan kata Shaghir; sehingga menjadi Idgham Mitslain Shaghir. Shaghir maksudnya adalah 2 [dua] huruf hijaiyah yang makhrajnya berdekatan /sama akan tetapi berbeda sifatnya; huruf hijaiyah yang awal adalah bersukun, sedangkan huruf yang ke dua adalah huruf yang berharakat.Kebalikan dari shaghir adalah Kabir, maknanya adalah 2 [dua] huruf hijaiyah yang sama makhraj dan sifatnyanya, dan kedua huruf-huruf tersebut sama-sama mempunyai harakat. Dengan penambahan Shaghir tersebut, hal ini menyebabkan Hukum Idgham Mitslain seringkali dianggap serupa [sama] dengan Idgham Mutamasilain. Meskipun dilihat dari cara membacanya, kedua hukum tersebut jelaslah berbeza. Idgham Mitslain ini dibaca cara mendengung. Manakala Idgham Mutamasilain dibacanya dengan izhar, yaitu dengan jelas atau tidak dengan didengungkan.
HUKUM BACAAN KETIGA (3)
- AL -IZHAR:
PERINGATAN:
Apabila mim sukun bertemu dengan huruf Izhar fa’ ( ف ) atau ( و ), maka hendaklah
ia diberi perhatian bacaan tanda sukunya dinyatakan dengan lebih jelas, kerana dikhuatiri
terjadi Ikhfa’ mim sukun kepada fa’ ( ف ) atau wau ( و ), dimana makhraj fa’ ( ف )
sangat berhampiran dengan makhraj mim, dan makhraj wau ( و ) bersamaan dengan
makhraj mim.
Cara membaca izhar syafawi:
Cara membaca hukum bacaan izhar syafawi adalah dengan menyuarakan mim mati ( مْ ) dengan jelas di bibir serta mulut tertutup.
Huruf izhar syafawi:
Huruf-huruf yang termasuk dalam huruf izhar syafawi adalah: alif ( ا ), ta ( ت ), tsa ( ث ), jim ( ج ), ha ( ج ), kho ( خ ), dal ( د ), dzal ( ذ ), ro ( ر ), za ( ز ), sin ( س ), syin ( ش ), shod ( ص ), dhod ( ض ), tho ( ط ), zho ( ظ ), ain ( ع ), ghoin ( غ ), fa ( ف ), qof ( ق ), kaf ( ك ), lam ( ل ), nun ( ن ), ha ( هـ ), wa ( و ), dan ya ( ي ).
Seluruh huruf hijaiyah adalah bagian dari izhar syafawi kecuali mim ( م ) dan ba ( ب ). Pemahaman tentang idgham bighunnah ini dijelaksan dalam Kitab Hidayatush Shibyan.
"Apabila ada mim mati (sukun) bertemu sisa semua huruf hijaiyah selain yang disebut di atas ( م dan ب ) yang totalnya ada 26 huruf, maka wajib dibaca izhar syafawi". ditulis di kitab tersebut.
Contoh izhar syafawi:
‘’AL-MUTAMATHILAIN,AL-MUTAJANISAIN DAN AL-MUTAQARIBAIN’’
Apabila dua huruf bertemu, huruf pertama yang bertanda sukun dan huruf yang kedua berbaris, maka huruf yang pertama itu diidghamkan kepada huruf yang kedua serta diberi tanda sabdu di atasnya dengan satu sebab daripada sebab berikut:
1. Bersamaannya pada sifat & makhraj.
2. Bersamaannya pada makhraj tetapi berlainan sifat.
3. Berhampirannya pada makhraj & sifat.
AL MUTAMATHILAIN:
• Maksud : dua yang bersamaan
Penerangan:
• Dua huruf yang serupa pada nama, bersamaan pada sifar & makhraj, sama ada dalam satu satu kalimah atau dua kalimah . hukum bacaan ini wajib idgham mengikut al-riwayat al-hafs.idgham ini juga dinamakan IDGHAM AL-MUTAMATHILAIN SAGHIR; iaitu ertinya memasukkan dua yang bersamaan kecil.
Contohnya:
• Maksud:dua yang berhampiran sejenis
Penerangan:
• Dua huruf yang bersamaan makhraj tetapi berlainan sifat. Hukum bacaannya adalah izhar mengikut bacaan AL-RIWAYAT AL-HAFS , kecuali pada enam tempat dari tiga makhraj wajib dibaca idgham. Idgham ini juga dinamakan idgham AL-MUTAJANISAIN SAGHIR; iaitu memasukkan dua yang berhampiran sejenis kecil.
Contohnya:
AL-MUTAQARIBAIN
Maksud: dua yang berhampiranPenerangan:
• Dua huruf yang berhampiran makhraj & sifat, seperti huruf zal & zai .Atau berhampiran pada makhraj tidak pada sifat, seperti huruf dal dan sin.Atau berhampiran sifat tidak pada makhraj, seperti huruf zal dan jim.
• Hukum bacannya adalah izhar mengikut AL-RIWAYAT AL-HAFS, kecuali pada huruf lam dan ra’wajib diidghamkan secara idgham kamil tanpa dengung. Idgham kamil tanpa dengung. Idgham ini dinamakan idgham AL-MUTAQARIBAIN SAGHIR; iaitu memasukkan dua yang berhampiran kecil
Peringatan:
Di bawah setiap tajuk “AL-MUTAMATHILAIN,AL-MUTAJANISAIN DAN AL-MUTAQARIBAIN” didapati tiga tajuk kecil : Saghir, Kabir dan Mutlaq, ia memberi keterangan yang mana wajib dibaca idgham dan mana harus dibaca idgham .disini hanya menerangkan antara satunya iaitu bacaan idgham saghir dan tidak menerangkan mengenai cara bacaan IDGHAM KABIR & IZHAR MUTLAQ kerana kedua-keduanya dibaca izhar dalam bacaan AL-RIWAYAT AL-HAFS.
Demikian juga jumhur ulama’ tajwid tidak banyak membincangkan mengenai tajuk AL-MUTABA’IDAIN ( dua yang berjauhan ) & tiga tajuk kecil di bawahnya, kerana semuanya izhar.
Contohnya:
Comments
Post a Comment